Perhatian!!!
Korang berminat nak jadi penulis jemputan dekat blog yang tak seberapa ni?
Kalau korang berpengetahuan luas dalam dunia bola sepak, come joint the party!!!
Korang boleh hantar link blog korang pada alamat e-mel kat bawah ni:
meornamedepanku@gmail.com
amirulbola@gmail.com
Penyertaan korang amat dialu-alukan!!!
Saturday, December 25, 2010
Thursday, December 9, 2010
Pemain EPL yang tidak cukup bagus untuk kelab mereka
Berikut adalah pemain yang tidak cukup bagus/ tidak sampai level untuk bermain untuk kelab yang sedang mereka sertai sekarang:
Vedran Corluka - Tottenham Hotspurs
His real level: West Ham United
Herita Ilunga - West Ham
His real level: Leyton Orient (League One)
Christian Poulsen - Liverpool
His real level: Blackburn Rovers
Jonathan Spector - West Ham
His real level: Norwich City (Championship League)
Paul Konchesky - Liverpool
His real level: Fulham
Micah Richards - Man City
His real level: Aston Villa
John O'Shea - Man Utd
His real level: Birmingham City
James Perch - Newcastle
His real level: Ipswich Town
Jermaine Beckford - Everton
His real level: Leeds United
Denilson - Arsenal
His real level: Wolves
Ada sesiapa lagi yang kamu rasa patut ada dalam senarai ini?
Sumber: Who ate all the pie?
Diolah dan dimodifikasi oleh aku
Tags:
EPL
Wednesday, December 8, 2010
AFF Suzuki Cup: Malaysia 5-1 Laos. Malaysia mara ke separuh akhir
Malaysia mara ke peringakt separuh akhir selepas membelasah Laos 5-1, dan Indonesia berjaya membenam Thailand 2-1.
Malaysia memerlukan kemenangan dan mengharapkan Indonesia berjaya mengatasi Thailand.
Malaysia mendahului Laos pada minit ke-4 selepas Mohd Amri Yahyah berjaya menjaringkan gol hasil umpanan cantik Norshahrul Idlan Talaha. Laos berjaya menyamakan kedudukan 4 minit kemudian.
Permainan kemudian menjadi hambar sepanjang separuh masa pertama dengan Laos banyak menusai bahagian tengah. Mohd Amirul Hadi Zainal dimasukkan untuk memantapkan bahagian serangan.
Kemasukkan Amirul Hadi membawa perubahan dalam corak permainan Malaysia. Amirul menghantar bola pada Sharif Rahim yang kemudiannya membuat hantaran cantik kepada Amri Yahyah untuk gil ke-2 Malaysia.
Gol ketiga Malaysia dijaringkan pada minit ke-74 oleh Norshahrul Idlan Talaha, pemain terbaik Malaysia sepanjang pertandingan kali ini, setakat ini.
Amirul Hadi menambah derita pasukan Laos dengan gol keempat pada minit ke-77. Pemain pertahanan Laos dengan baik hatinya menghadiahkan gol ke-5.
Indonesia mara ke peringkat separuh akhir selaku juara kumpulan selepas menewaskan Thailand 2-1. Thailand mendahului pada minit ke-69. Bambang Pamungkas berjaya menjaringkan dua penalti pada minit 81 dan 89 untuk kemenangan Indonesia.
Siapa yang bakal Malaysia berdepan untuk peringkat separuh akhir nanti? Vietnam? Singapura? Filipina? Kita tunggu dan lihat.
Tags:
Pasukan Malaysia
Saturday, December 4, 2010
AFF Suzuki Cup: Malaysia 0-0 Thailand
Malaysia hanya mampu seri 0-0 dengan Thailand. Keputusan ini bakal menyukarkan Malaysia untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir.
Rajagopal akhirnya menurunkan Khairul Fahmi sebagai penjaga gol. Dia berjaya menyelamatkan beberapa percubaan.
Rumusan yang mudah,Malaysia banyak bertahan dan masih mengekalkan taktik long ball. Defender terus hantar bola pada striker hingga menyebabkan midfielder hilang fungsi.
Hanya Khairul Fahmi dan Norshahrul Idlan Talaha yang bermain baik untuk perlawanan kali ini. Norshahrul bertindak berani dengan membuat beberapa larian ke dalam petak penalti secara solo lalu mengumpan bola kepada rakan sepasukan, namun disia-siakan.
Indonesia membelasah Laos 6-0 dalam perlawanan seterusnya. Mahu tak mahu, Malaysia mesti mengalahkan Laos untuk layak ke separuh akhir. Tapi kalau Indonesia menurunkan barisan simpanan (memandangkan mereka sudah layak ke separuh akhir), ini mungkin akan menyebabkan Thailand menang dan Malaysia tersingkir.
Apa-apa pun, teruskan perjuangan. Apa nak jadi dengan perlawanan Thailand-Indonesia, itu belakang cerita. Yang penting, cuba menang menentang Laos nanti.
Tags:
Pasukan Malaysia
Friday, December 3, 2010
10 pemain bola yang banyak mulut a.k.a. mouthy di atas padang dalam EPL
Dalam Kamus Oxford, mouthy membawa maksud (1) Annoyingly talkative (2) Given to ranting or bombast. Senang cerita, yang banyak sangat mulut, membebel, suara paling kuat, asyik nak bergaduh mulut dengan pemain lawan atau pengadil di atas padanglah.
10. Jamie Carragher
Ramai teammates Carra memberi komen yang Carra ni kuat membebel atas padang. Pemain yang dah berusia memang suka membebel agaknya. Tak percaya, teruskan baca list ini.
Rasanya korang pun perasan kan yang Keane tak berhenti bercakap masa tengah main.
Raja membebel yang biasanya boleh menyebabkan dia dilayangkan kad kuning. Sampai pernah dikenakan kad merah selepas perlawanan tamat.
Bukan setakat membebel, cari gaduh pun hebat juga. Tak padan dengan kecik. Walaupun sekarang dah tak main dalam kelab EPL lagi, tapi macam masih terdengar-dengar suara dia.
Menurut kawan-kawannya, dia kurang membebel kalau main untuk MU. Tapi kalau main untuk Scotland, suara dia sahaja yang dengar atas padang. Mungkin dekat MU banyak senior player, dia tak berani.
5. Pepe Reina
Satu-satunya goal keeper dalam senarai ini. Suara Reina sangat lantang masa bagi arahan pada pertahanan dan membebel dekat pengadil.
4. Gary Neville
Ryan Giggs sendiri pun pernah komen yang dia tak tahan dengan bebelan Gary Neville. Sebab tu ada yang menggelarkan dia "Annoying Gary".
3. Wayne Rooney
Perlukan aku terangkan sebabnya? Kamu pun tahu kan? Rasanya dah ramai pengadil yang kena maki "Fuck You" denga Rooney ni.
2. Joey Barton
Gelaran Mr. Angry memang sesuai dengan dia. Jangankan atas padang, luar padang pun sama sampai masuk penjara 6 bulan.
Selalu bercakap walaupun bila tidak perlu. Dan pemain yang selalu bertelagah dengan pengadil dan penjaga garisan.
Sumber: Who Ate All The Pie dan diolah semula oleh aku.
Tags:
EPL
Thursday, December 2, 2010
AFF Suzuki Cup: Indonesia 5-1 Malaysia
Isnin: Barcelona kekah Real Madrid 5-0
Selasa: West Ham lauk kan Man Utd 4-0
Rabu: Malaysia kena ayam dengan Indonesia 5-1
Kekalahan kali ini, memang salah semua 4 pertahanan dan penjaga gol. Teruk sangatlah pulak. Mula-mula main ok. Idlan Talaha score gol pembukaan. lepas tu, Malaysia macam hilang punca.
![]() |
| Pertahanan Malaysia gagal mengekang Christian Gonzales |
Goal keeper memang out. Bola sebelah tangan pun macam tak tercapai saja. Defender tak payah cerita. Yang pelik, tak de right defender lain ke Rajagopal ni bawak sampaikan Amirul Hadi Zainal kena main di posisi right defender masa separuh masa kedua?
Rajagopal pun patut disalahkan. Kenapa dia tak mainkan Khairul Fahmi, penjaga gol yang beraksi cemerlang semasa Sukan Asia, tak diturunkan?
![]() |
| Otto: Wing kiri Indonesia yang sukar dikekang |
Dan midfield memang hancur. Bahagian tengah bagaikan mati. Midfield duduk terlampau deep dan mengamalkan taktik long ball. Kenapa Malaysia bermain dengan tektik ini walaupun tengah ketinggalan? Hanya Rajagopal yang tahu jawapannya.
Harap Malaysia bangkit dalam perlawanan kedua menentang Thailand, yang hanya seri 2-2 dengan Laos.
Tags:
Pasukan Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)























